Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Bagi Mengenali TUHAN, Kita Mesti Jadi TUHAN, Bahagian 10/11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Mahaguru Ching Hai jelaskan bahawa meditasi bertujuan untuk memperkukuh makrifat dan menaik semakin tinggi dalam kesedaran. Guru juga jelaskan kepentingan mengekalkan gaya hidup vegan yang merupakan apa yang TUHAN hendaki manusia lakukan.

(“Apa yang berlaku kepada ego selepas makrifat? Apakah hubungan antara meditasi dan makrifat?”) (“Apa yang berlaku kepada ego selepas makrifat, dan apakah hubungan antara meditasi dan makrifat?”) Ego akan menjadi semakin kurang dengan tahap makrifat yang semakin tinggi. Meditasi adalah untuk memperkukuh makrifat dan menaik semakin tinggi dalam kesedaran.

(“Kaedah meditasi ini terdiri daripada apa?” Mengapa perlu menjadi vegan? Bukankah TUHAN berikan gigi, organ kepada kita untuk mencernakan daging (orang-haiwan) dan memburu? Kita hanya perlu bersyukur atas segalanya yang Tuhan berikan kepada kita supaya kita dapat terus hidup dalam sebarang situasi.”) (“Kaedah meditasi ini terdiri daripada apa?” Mengapa perlu menjadi vegan? TUHAN telah berikan gigi dan organ kepada kita untuk mencernakan daging (orang-haiwan) dan berikan kemungkinan memburu kepada kita, jadi kita perlu ucapkan syukur kepada TUHAN atas segalanya yang diberikan-NYA kepada kita untuk terus hidup dalam setiap situasi.”) Dalam situasi apa? (Dalam setiap situasi.) Oh! Ya.

TUHAN sudah berikan segalanya yang lain kepada kita. DIA berfirman bahawa DIA mencipta orang-haiwan untuk berkawan dengan kita dan kita boleh memerintah mereka. DIA tak kata kita boleh makan mereka. Kamu bacalah Perjanjian Baharu sekali lagi, halaman pertama.

TUHAN berfirman, “Aku telah mencipta segala jenis buah di kebun, segala jenis sayur di ladang yang sedap dipandang dan lazat rasanya. Ini akan menjadi makananmu.”

TUHAN juga berfirman bahawa DIA mencipta segala jenis makhluk dan segala jenis makanan untuk setiap jenis makhluk.

Bible juga nyatakan, “Jangan bergaul dengan peminum arak dan pemakan daging (orang-haiwan).”

Bible juga nyatakan, “Engkau jangan makan makanan yang buat saudaramu tersandung dan jatuh.”

Bible juga nyatakan bahawa TUHAN murka dengan orang pada masa itu dan berfirman, “Siapa suruh engkau bunuh semua orang-lembu dan -biri-biri ini untuk ditawarkan kepada Aku? Tanganmu penuh dengan darah. Cucilah dirimu dan bertaubat atas dosamu supaya Aku akau ampuni engkau. Jika tidak, Aku akan palingkan kepala apabila engkau berdoa kerana tanganmu penuh dengan darah makhluk tak berdosa.”

Bible nyatakan banyak perkara lagi tetapi kamu tahu lebih, jadi saya akan berhenti di sini.

(“Mengapakah selepas inisiasi tidak mungkin lagi mengamalkan meditasi yang berasaskan pernafasan?”) (“Mengapakah selepas inisiasi tidak mungkin lagi mengamalkan meditasi yang berasaskan pernafasan?”) Kerana ini – pernafasan – bukanlah TUHAN sendiri. Itu sebahagian kecil daripada kurniaan TUHAN untuk fungsi badan, tetapi jika kamu nak kenali TUHAN, kamu tak perlu bergantung kepada apa-apa alat fizikal kerana TUHAN ialah TUHAN. Hanya bersenyap, seperti yang saya beritahu kamu, kemudian DIA muncul. TUHAN harus hadir sepanjang masa, sama ada kamu bernafas atau tidak bernafas. Jadi kita tak boleh bergantung kepada benda bersifat fana untuk cari TUHAN. Okey.

(“Di tahap kesedaran apa alam tumbuhan wujud? Saya bermula dari premis saya sebahagian drpd alam semula jadi, sama seperti tumbuhan. Adakah terdapat cara fizikal untuk persembahkan diri kepada TUHAN?”) (“Alam tumbuhan, di tahap manakah alam ini? Tahap kesedaran yang mana?”) Mereka juga ada sangat... Adakah itu dah habis? (Belum. Orang ini bermula dari idea bahawa dia sebahagian drpd alam semula jadi, seperti tumbuhan.) Dia sendiri ialah tumbuhan? (Tidak, bahawa dia sebahagian daripada alam semula jadi.) Sebahagian daripadanya juga, ya.

(Dia juga ingin tahu sama ada terdapat kedudukan fizikal untuk persembahkan diri kpd TUHAN? Kedudukan fizikal? (Fizikal.) Tidak, tidak, tidak, tak perlu.

Kita dan TUHAN kedua-duanya bukan fizikal. Jadi tak perlu berlutut, berdiri dengan sebelah kaki atau sebelah tangan atau apa-apa pun. Hanya jadi normal. Saya akan tunjukkan. Tetapi kebanyakan orang, semasa bermeditasi, suka duduk bersila kerana macam itu lebih seimbang. Mereka tidak begitu cepat tertidur. Mereka suka duduk di atas lantai. Kalau-kalau jatuh, mereka tidak jatuh jauh sangat. Tetapi ini hanyalah petua, caranya, bukan meditasi sebenar. Meditasi sebenar datang semasa kamu tidur, semasa kamu berdiri, semasa kamu makan, semasa kamu cuci pinggan – di mana-mana saja. Sebenarnya lepas seketika, macam itulah. Itu natural. Kamu akan berada di depan TUHAN, 24 jam. Kamu malah dapat lihat TUHAN semasa memandu. Ya.

Apakah jenis tahap kesedaran sayur? (Soalan pertama. Ya.) Ya. Sayuran juga ada sedikit kesedaran tetapi agak neutral. Ia tidak begitu berat dan penuh dengan ketakutan seperti orang-haiwan. Sebenarnya kadangkala selepas meditasi, kamu malah boleh tahu apa yang tumbuhan mahukan. Ia malah jemput kamu makannya. Tetapi sebelum kita ambil apa-apa daripada alam semula jadi, dah tentu, kita minta izin daripada TUHAN dan bersyukur.

Sayuran, kita boleh makan kerana jika kamu potong bunga di sini, ia bertumbuh tiga lagi esok atau minggu berikutnya. Kamu potong sekerat kentang, tinggalkan separuh lagi dan tanamnya, ia akan bertumbuh semula. Sayur meneruskan hidupnya.

Jika kamu potong kepala orang-khinzir, ia takkan bertumbuh dua lagi. (Minta maaf, boleh Guru ulangnya kerana…) Jika kamu potong kepala orang-khinzir, takkan bertumbuhnya dua kepala lagi.

(“Bagaimanakah kita melawan syaitan? Dengan ‘syaitan’, saya maksudkan idea gelap yang kita ada dalam minda kita – fikiran yang diwujudkan oleh orang yang kekurangan kejelasan yang datang dengan permulaan makrifat dari saat pertama hubungan.”) (“Bagaimanakah kita melawan syaitan? Dengan perkataan ‘syaitan’, saya maksudkan idea gelap yang kita ada dalam minda kita yang merupakan fikiran yang diwujudkan oleh orang yang tiada kejelasan inisiasi – kejelasan makrifat – sejak saat pertama hubungan.”)

Dah tentu, selepas makrifat, atau jika kamu rasa kamu bermakrifat, atau meskipun kamu rasa kamu tidak bermakrifat atau tidak benar-benar tak bermakrifat, adalah lebih baik menyedari rakan yang kamu gaul supaya kamu tiada pengaruh yang lebih gelap. Orang, pada waktu inisiasi – orang kami – kami juga ajar mereka cara melindungi diri. Sebab itulah ia mengambil masa. Jika tidak, makrifat – untuk lihat TUHAN – adalah sangat pantas, beberapa saat.

Selepas inisiasi, kami masih terus hantar maklumat kepada kamu sehingga kamu sendiri sedar sepenuhnya. Jika kamu masih ada soalan dan perlukan jawapan, kamu masih boleh cari saya, tulis kepada saya atau datang jumpa saya apabila kami adakan perhimpunan untuk soal jawab dan sebagainya. Saya juga hantar wakil saya ke seluruh dunia setiap kali untuk jawab soalanmu dan bantu kamu. Semua ini adalah percuma. Kamu langsung tak perlu bayar apa-apa pun. Kerana saya cari wang yang mencukupi bagi bayar untuk semua perbelanjaan ini. Kami takkan menyusahkan kamu dengan sebarang cara. Kami tidak menyusahkan kamu untuk makanan, penginapan atau apa pun. Kami sendiri bayar hanya supaya kamu selesa dan senang hati untuk belajar menjadi diri sebenar.

Tiada soalan lagi, saudari? (Ya, ada beberapanya tetapi kita kekurangan masa.) Oh! Kita kesuntukan masa. Bagus. Baiklah. (Kita berterima kasih kepada Guru atas masa, Kasih Sayang dan Kebijaksanaan-Nya.) Terima kasih. Saya memahami itu. (Kami berterima kasih atas masa, Kasih Sayang dan kebijaksanaan Guru.) Ah! Sama-sama. Baiklah. Saya akan jumpa dengan kamu sekejap lagi. Kemudian kamu akan belajar cara melihat TUHAN semula. Jadi dialu-alukan.

Photo Caption: “Wau, Liar dengan Cantik!”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (10/11)
1
Kata-kata Hikmah
2026-08-17
2616 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2026-08-18
2278 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2026-08-19
2210 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2026-08-20
2086 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2026-08-21
1861 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2026-08-22
1758 Tontonan
7
Kata-kata Hikmah
2026-08-24
1428 Tontonan
8
Kata-kata Hikmah
2026-08-25
1222 Tontonan
9
Kata-kata Hikmah
2026-08-26
1030 Tontonan
10
Kata-kata Hikmah
2026-08-27
837 Tontonan
11
Kata-kata Hikmah
2026-08-28
659 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-30
1 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-30
739 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-30
3894 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-30
318 Tontonan
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2026-08-30
405 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-30
402 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-29
591 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-29
818 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-28
239 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun