Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Pada waktu benar-benar perlu di Bumi ini semasa kebanyakan manusia masih tidak menyedari malapetaka yang akan berlaku, makhluk pemurah dari planet-planet jauh dan dekat datang bersama untuk menghantar amaran dan memberi bantuan di banyak peringkat.
Bulan Jun bermula dengan ribut suria yang memecahkan rekod yang secara serentak dikesan oleh banyak sumber di seluruh Bumi. Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas (SWPC) telah mengeluarkan amaran bahaya ribut geomagnet teruk G4 yang jarang.Ribut suria tahap 4 G4 bukanlah hanya ledakan tenaga suria yang tipikal. Itu kejadian geomagnet teruk yang menggoncang pelindung magnet Bumi. Ribut ini boleh mengganggu komunikasi radio, menyebabkan pincang tugas grid kuasa yang tidak dijangkakan, malah membuat pesawat mengambil laluan lain melintasi laluan kutub. Apabila kejadian G4 berlaku, pusat cuaca angkasa lepas di seluruh dunia keluarkan amaran bahaya disebabkan risiko yang meningkat tinggi. Apa yang kita lihat sekarang ialah contoh jarang dan kuat kejadian sebegini yang bergolak jauh dari dalam aktiviti api matahari.Bagaimana jika saya beritahu anda bahawa sambungan yg menyambungkan Bumi dan bahagian kosmos yang selebihnya terputus dan Matahari di sebaliknya? Sejak minggu lalu, gelombang ribut suria yang kuat telah menyerang medan magnet planet kita, mewujudkan anomali yang ganjil dalam sistem komunikasi satelit, malah dalam diri kita. Tetapi sekarang ahli sains laporkan sesuatu yang lebih mendalam – pemutusan kosmos yang mungkin. Magnetosfera Bumi bertindak secara abnormal. Gempa bumi semakin meningkat dan ruang di sekeliling kita terasa kurang selesa. DAN LAIN-LAIN…Tarikhnya tepat-tepat sama dengan tarikh ribut suria super yang diingatkan terlebih dulu oleh Mahaguru Ching Hai Paling Bijak (vegan) kita pada bulan April.Tuhan beritahu saya bahawa manusia harus “takut akan kebinasaan dunia dan takut akan karma dunia.” Saya tanya Tuhan, “Apa yang harus kami takuti sekarang?” Tuhan berfirman bahawa “Bumi akan meletup.” Saya kata, “Tapi bila?” Jadi Dia berfirman, “Dari 1 Jun 2025 hingga 15 November, tahun yang sama.” Jadi itu lebih kurang setengah tahun, dari permulaan pertengahan tahun ini hingga hampir akhir tahun ini, Bumi akan meletup.Saya tanya Tuhan, “Tapi, ya Tuhan, maka apa sebabnya?” Saya diberitahu bahawa “disebabkan oleh konflik putaran Bumi.” Tuhan tidak banyak berfirman dan tiada banyak penjelasan kadangkala. Jadi agaknya itu sistem pemutaran, putaran ada masalah. Saya tanya, “Apakah kesan itu?” Jadi saya diberitahu bahawa “Medan magnet tidak melindungi Bumi kerana ia alami kerosakan dan menjadi semakin besar.” [...] “Jadi api dari Matahari akan menembusinya dan turun ke Bumi. Itu terlalu kuat, medan magnet tidak dapat berfungsi untuk melindungi Bumi. Jadi Bumi akan terbakar, segala-galanya di laluannya, laluan api Matahari, dan menyebabkan letupan yang membinasakan.” [...]Jadi saya tanya, “Bagaimana ini akan pengaruhi orang?” Jadi Dia beritahu saya bhw “Orang akan mati dlm kumpulan dan secara tempatan, dari 1 Jun hingga 15 November 2025. 67% daripada populasi akan mati, [...] 15% tercedera.”Juga bermula sekitar awal bulan Jun, banyak fenomena yang ganjil telah berlaku di langit Bumi, kelihatan macam menandakan sesuatu yang luar biasa yang sedang berlaku. Pada bila-bila Beliau nampak berita tentang kejadian ini, Mahaguru Ching Hai Paling Bijak (vegan) kita sentiasa berkongsi pandangan dan mesej amaran berterusan-Nya.Baru-baru ini, ahli sains telah mengesan suatu objek tak diketahui di galaksi kita yang keluarkan isyarat dengan cara yang tidak pernah dilihat sebelumnya. Objek itu memancarkan sinar-X dan gelombang radio selama dua minit secara berterusan setiap 44 minit. Isyarat ini diterima oleh Balai Cerap Sinar-X Chandra Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) serta Pencari Laluan Tatasusunan Kilometer Persegi Australia (ASKAP), sebuah teleskop radio di Australia. Apabila dapat tahu tentang penemuan ini Guru segera menghantar mesej cemas berikut kepada anggota pasukan Supreme Master Television:“Kalau-kalau Kuasa Kami tidak dapat mengatasi beban karma yang berlebihan, dahsyat, apa yang kita lihat di sini ialah Isyarat bagi kebinasaan akhir dunia. Dalam video ini, stesen cakerawala mengucapkan selamat tinggal! Terdapat tanda-tanda lain yang tidak dilihat atau ditangkap oleh kamera. Nampaknya manusia tidak cuba dengan cukup bersungguh-sungguh untuk bantu mengimbangi neraca bagi mengurangkan atau hapuskan DOSA BESAR! Kita MESTI menjadi vegan, cuba dengan lebih bersungguh-sungguh untuk elakkan senario paling buruk.”Kemudian stesen ini hantar mesej kpd M, menjawab soalan Guru tentang isyarat ini: “Kerana dunia (BUMI) tidak selamat untuk sesiapa pun diami. Semua orang mesti dipindahkan!” !!!Sementara itu, lingkaran yang ganjil muncul di sekeliling Matahari di atas langit wilayah Mongolia Dalam China. Orang tempatan dan pengguna dlm talian membuat spekulasi bahawa itu mungkin “tanda bencana besar”. Guru mengesahkan bahawa itu “amaran bahaya dunia”.Terdapat lebih banyak lagi! Fenomena yg ganjil menerangi angkasa baru-baru ini di banyak negara di seluruh dunia. Mahaguru Ching Hai (vegan) berkata, “Ia merupakan tanda amaran kepada penghuni Bumi tentang peristiwa besar yang boleh bawa maut pada masa depan. Seluruh Syurga benar-benar risau tentang manusia tetapi mereka masih tidur!!!”Pada 16 April 2025, Vancouver (Kanada) dan bahagian-bahagian Amerika saksikan lampu berwarna-warni yg penuh misteri menari dalam gerakan membulat melintasi langit (NDTV).Pada 23 Mei 2025, Hasnabad (India) menyaksikan lampu berwarna-warni yang berkelipan terkatung-katung selama 10 minit dekat sempadan dengan Bangladesh, kemudian hilang (The Times of India).Juga sekitar 23 Mei 2025, Thailand memerhatikan awan yang leper, berwarna pelangi, berbentuk cakera yang seorang pengguna dalam talian katakan menyerupai “limpahan minyak di langit” (@BgatesIsaPyscho).Pada 1 Jun 2025, Bandar Shannan (Tibet) menyaksikan ledakan kilat merah yang jarang dan terang, juga dikenali sebagai ‘pari-pari merah’ yang mengilat di langit malam (Bastille Post).Pada 2 Jun 2025, Taytay (Rizal, Filipina) menyaksikan cahaya biru di langit senja, berbetulan dengan ribut geomagnet yang dilaporkan (ABSCBN).Juga pada 2 Jun 2025, saksi di Bangkok (Thailand) melaporkan mereka nampak gumpalan hitam yang berpusar terbang di atas pencakar langit bandar (@shouldercamera).Dirakamkan oleh orang tempatan, kejadian yang memukau ini mencetuskan rasa ingin tahu dan spekulasi yang meluas tentang peralihan global besar yang mendatang.Contoh daripada Jun 2025 termasuklah, di Âu Lạc (Vietnam) satu orang-ikan paus suci mati di pantai di wilayah Ninh Thuận, “langit merah darah” di wilayah Bạc Liêu, pelangi berkembar yang jarang di tengah-tengah HCM CT.Banyak orang percaya ini ialah mesej dari Syurga, beri amaran bahawa alam semula jadi bertindak balas terhadap kemusnahan yang disebabkan oleh manusia, termasuk pembunuhan orang-haiwan tak berdosa untuk daging mereka, dan pembunuhan berpuluh-puluh juta bayi tak berdosa di seluruh dunia, di dalam rahim ibu sendiri setiap tahun! Dan bahawa manusia mesti mengubah cara mereka dan menyucikan diri dari segi moral untuk mengelakkan malapetaka yang mengakhiri dunia.Berkenaan dengan petanda ganjil ini, Mahaguru Ching Hai nyatakan “makhluk selain manusia sama ada takut akan perubahan drastik di dalam atmosfera Bumi, gunakan kuasa mereka untuk menjauhi tenaga tak tertahan di Bumi, atau cuba beri amaran kepada manusia ttg bencana dahsyat pada masa depan.”Pada waktu benar-benar perlu di Bumi ini semasa kebanyakan manusia masih tidak menyedari malapetaka yang akan berlaku, makhluk pemurah dari planet-planet jauh dan dekat datang bersama untuk menghantar amaran dan memberi bantuan di banyak peringkat. Sesetengah ahli Persatuan Mahaguru Ching Hai Antarabangsa kami (semuanya vegan), ketika dlm meditasi Quan Yin yg dalam, dapat lihat bantuan mereka dapat lihat bantuan mereka dalam visi dalaman.Saya seorang anak murid dari Mongolia. Sejak tiga tahun lalu, saya nampak suatu visi dalaman secara berulangan. Langit malam penuh dengan UFO yang datang secara bergilir-gilir untuk menjaga keamanan di planet kita. Saiz dan lampu kapal mereka adalah unik dan elegan. Mereka juga menarik perhatian, tetapi jauh di dalam, mereka sangat penuh misteri. Mereka memerhatikan sesuatu.Orang panik, resah, takut dan mengesyaki mereka akan buat sesuatu yang buruk terhadap kita. Tetapi saya terasa mereka sangat tenang, selamat dan baik hati. Kemudian saya berterima kasih atas kehadiran mereka. […]Mahaguru Ching Hai menjawab kata-kata hati itu dengan kata-kata bijak berikut.“Bayarjargal yang bertumpu, makhluk dari planet lain bekerja keras untuk cuba menstabilkan dunia kita dan mencegah bencana alam. Sedihnya, sesetengah orang adalah jahil dan tidak percaya bahawa makhluk asing boleh pemurah dan penyayang. Mereka yang penuh dengan kasih sayang tahu bahawa makhluk asing dapat bantu kita dgn begitu banyak cara. […]Seorang lagi ahli persatuan kami (vegan) yang berasal dari Peru menyampaikan mesej daripada Saudara Andromeda dan Persaudaraan Putih Angkasa Lepas.“Kami tahu akan makrifat dan kesukaan mendalam anda terhadap hubungan dengan Tuhan. Kami katakan ini kepada anda: Pada masa ini, anda mesti melindungi diri dan orang lain dengan geometri suci Alam Semesta. Ia akan melitupi anda pada masa akan datang. Beberapa daripada kami datang dari Andromeda dan pangkalan Ephemeres. Kami ialah saudara anda dari Alam Semesta yang lebih tinggi, dalam misi untuk bantu umat manusia. Ada kejadian yang menanti anda di dalam atmosfera planet ini yang anda tidak semestinya dapat lihat dengan mata fizikal. Kami akan bertindak sebagai pembendungan dan perlindungan. Pelemahan lapisan atmosfera planet ini akan memberi kesan bukan sahaja kepada permukaan tetapi juga lapisan bukan fizikal.Makhluk dari tempat lain akan cuba masuk dengan pelbagai niat seperti penyelidikan, penerokaan dan interaksi, mewujudkan campur tangan yang tidak dibenarkan pada skala ini kerana anda berasal dari dunia yg sedang dlm proses evolusi. Litupilah diri anda dengan oktahedron ungu. Kami juga akan pancarkan tenaga ungu ke dalam atmosfera.Dgn kasih sayang, Saudara Andromeda dan Persaudaraan Putih Angkasa Lepas.”Bagi mesej ini, Mahaguru Ching Hai berikan balasan dan peringatan yang tepat pada masanya:[…] Banyak makhluk di Alam Semesta telah membantu kita untuk tempoh yang sangat panjang. Jika tidak, umat manusia telah binasakan diri sendiri lama dahulu lagi. Walaupun bantuan itu berterusan, sekarang sudah tiba masanya manusia membantu diri sendiri dengan mengikut cara hidup sebenar yang diikut oleh tamadun yang lebih tinggi ini jika kita benar-benar ingin sertai mereka. Memang tiada masa untuk menunggu lagi. Pilihannya jelas, dan sekarang juga: kematian dan kebinasaan, atau kehidupan yang dijalani dalam kecantikan dan kasih sayang, hormati semua hidupan dgn jadi vegan. Itu bukanlah keputusan yang sukar. Semoga umat manusia membuat pilihan yang bijak sekarang juga untuk menyelamatkan dunia kita. […]Kadangkala atas permintaan ahli persatuan kami, Mahaguru Ching Hai juga dedahkan mesej dari planet-planet lain.Guru, (Ya.) dalam berita baru-baru ini, ada spekulasi hubungan kerajaan dengan makhluk asing atau persekutuan galaksi. Juga ada laporan tentang UFO yang bertambah. Nampaknya mungkin mereka nak beritahu kita sesuatu? Adakah Guru tahu apa yang mereka nak beritahu kita? [...]Ada dua kumpulan. Satunya dari Zuhrah dan satunya dari Marikh. (Oh!) Kedua-duanya katakan perkara yg sama, jika saya ingat dengan betul. Biar saya lihat sama ada saya ada catatkannya di sesuatu tempat. Di sini, pada kertas kecil Post-it. Saya ingat saya catatkannya dalam diari. Sebab itu saya tak dapat carinya. Ini dia.Mesej mereka adalah macam ini. Kertas pertama yang saya tulis adalah: “Jangan membentuk tenaga bagai perang yang ghairah, negatif, memusnahkan di sekeliling duniamu.” Helaian kertas kedua yang saya catat menyatakan: “Jangan dgn ghairah musnahkan dunia, keamanan, hidupan di dunia.” Agaknya mereka maksudkan jangan musnahkan duniamu secara membuta. Mesti berdamai di dunia dan jangan memusnahkan hidupan. Mesej mereka ringkas. Kertas ketiga menyatakan: “Jangan bunuh hidupan di duniamu.” Helaian kertas keempat yang saya ada di sini adalah: “Jangan hancurkan hidupmu.” Dari helaian kertas pertama ke keempat ini, semuanya dari planet yg sama, Marikh. Sekarang dari Zuhrah. Yang pertama: “Jangan musnahkan duniamu.” Mesej kedua: “Jangan bunuh makhluk.” Dan mesej ketiga: “Jangan musnahkan hidupan di duniamu.” Itu saja, dari Marikh dan Zuhrah. Empat mesej yang pertama adalah dari Marikh dan tiga mesej yang kemudiannya adalah dari Zuhrah. Mereka ada lebih banyak, dah tentu, tapi sentiasa hampir sama, jadi saya hanya mencatatkan tujuh mesej ini.Mesej penuh kasih sayang dari dunia lain ini menyatakan hasrat dan niat terbaik yang komuniti galaksi ada untuk semua penghuni Bumi pada waktu susah ini. Kita akan menerokai lebih banyak dalam episod akan datang.