Semoga Berkat mencurahi Guru Terhormat dan pasukan Supreme Master TV. Saya ingin berkongsi suatu pengalaman: Pada 2024, saya dan rakan-rakan melancong ke Malaysia dan Thailand. Pada suatu hari, saya makan di beberapa buah restoran vegan tetapi membeli kudapan daripada seorang penjual. Penjual itu mengaku bahawa biasanya dia menjual makanan bukan vegetarian tetapi bertukar kepada menjual makanan vegan dalam tempoh perayaan itu. Saya tidak banyak memikirkannya dan makan kudapan tersebut. Pada malam itu, saya memasuki alam gelap seperti jalan berselirat yang terdapat makhluk gelap yang sentiasa bergerak ke sana sini. Saya memegang rakan saya dan asyik cuba mencari jalan keluar. Saya lafazkan Nama Guru secara senyap dan akhirnya terjaga sebelum hampir menjerit dengan kuat. Apabila terjaga, saya menyedari bahawa itu disebabkan saya termakan sesuatu yang tidak tulen. Saya segera bertaubat dan berterima kasih atas bantuan Guru. Terima kasih atas Berkat dan perlindungan Guru. Seorang anak murid yg mengasihi Guru, Irfan dari Malaysia
Anda akan ada fikiran yang tidak bersih, keganasan yang datang atau penyakit, dari segi fizikal, mental atau emosi jika anda termakan sesuatu secara tak sengaja pun.Jadi berhati-hatilah. Saya bukan beritahu anda saja, saya lakukannya juga. Saya lebih rela berlapar untuk seketika daripada makan sesuatu yang saya syaki bukan vegan sepenuhnya. Sama seperti saya tidak makan epal untuk masa yang sangat panjang. Saya tidak makan oren untuk masa yang sangat panjang. Hingga sekarang, mereka jumpai banyak nama untuk saya dan saya pilih yang mana, bukan hanya memilih dengan nama, dengan berkat spiritual di dalam daripada Tuhan, oleh Tuhan, saya akan tahu yang mana ada kesakitan, yang mana tiada kesakitan. Tetapi sebelum itu, saya tiada masa dan tak tahu bagaimana meninjau semua namanya, jadi saya tak makan oren sama sekali. Saya tak makan epal sama sekali. Saya tak makan anggur sama sekali.Baru-baru ini, saya mesti mengaku kepada anda bahawa saya rasa lebih gembira kerana ada lebih banyak buah, buah-buahan kegemaran saya atau buah-buahan yang lazat, baik. Sebelumnya, kadangkala, saya perlu beritahu anda kebenaran, saya begitu rindui epal. Saya begitu rindui oren. Saya tidak minum jus oren pun. Hari ini, saya ada lebih banyak makanan, buah dan sayur yang lebih pelbagai.Sesetengah daging vegan dan sebagainya pun, saya perlu periksa sama ada ia bercampur dengan makanan ada kesakitan atau tidak. Jika ya, maka saya tak makannya juga. Jadi apa-apa yang saya beritahu anda, saya sendiri lakukan juga. Jangan ingat saya hanya mengarahkan anda atau apa-apa seperti itu. Saya hanya beritahu anda itu. Tetapi saya juga tidak melarang anda makan makanan lain, makanan vegan, meskipun anda tak tahu sama ada ia ada kesakitan atau tiada kesakitan kerana saya belum senaraikan semuanya. Kita ada begitu banyak makanan, begitu banyak buah, begitu banyak benda saya tak sentiasa dapat tinjau dgn cepat seorang diri, bekerja hampir 24 jam sehari, kerja dalaman dan kerja luaran bersama. Itu benar-benar 24 jam kecuali apabila saya makan sesuatu. Jika tidak, kerja, kerja, kerja, tiada apa-apa yang lain kecuali kerja. Saya sanggup melakukannya.Saya hanya beritahu anda bahawa apa-apa yg saya beritahu anda ialah apa yang saya tahu dan untuk bantu anda jika anda mahu ikutnya. Tetapi saya tak melarang anda apa-apa. Saya hanya nasihati anda supaya makan makanan vegan. Terima kasih kerana percayai saya, sesiapa saja daripada anda. Terima kasih kerana ingati Tuhan dan lindungi diri sendiri dengan berdoa, memuji Tuhan, menjadi berakhlak mulia, menjadi vegan dan berdamai dengan semua orang di sekeliling anda, sayangi semua orang di sekeliling anda, orang-haiwan, makhluk pokok. Jangan mudaratkan mana-mana pun yang anda lalui tetapi menjadi berkat, menjadi tenaga pemurah yang mereka juga akan mendapat manfaat. Kita bersyukur kepada Tuhan kerana memakrifatkan kita, mengasihi kita dan mengampuni kita. Syukur kpd Engkau, Tuan, sentiasanya. Syukur kepada Engkau, Tuan. Amin.Photo Caption: Benda Cantik Alam Semula Jadi Begitu Anggun!Berlembutnya Yang Maha Berkuasa dan Akibat Pelakuran Nuklear yang Tidak Dapat Dibayangkan, Bahagian 2 daripada 2
2025-04-13
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Aku syukur kpd Engkau selama-lamanya, Tuan, kerana mengampuni kami, umat manusia yang telah begitu banyak berbuat dosa terhadap Engkau, bertentangan dgn Kehendak-Mu dan lupa akan Engkau, terlupa cintai Engkau, terlupa mengikut Kebijaksanaan-Mu, Bimbingan-Mu dan Rukun-Mu. Kerana segala dosa yang Engkau beritahu manusia supaya tak lakukan ini, jika mereka lakukan, ia akan memudaratkan mereka di domain fizikal yang dikawal oleh maya ini.Daripada mengikut Bimbingan-Mu, Rukun asas untuk melindungi diri mereka di planet ini, sesetengah daripada mereka malah berpaling tadah terhadap Engkau. Paus antichrist Francis yang malah sepatutnya menjadi wakil-Mu di Bumi, berpaling tadah terhadap Engkau, memanggil Engkau “kegagalan”, “kegagalan Tuhan”, “kegagalan Salib”, apa-apa saja yang lain yg dikatakannya. Ya Tuhan! Disebabkan oleh Kemegahan-Mu, dia ada kedudukan ini dalam Gereja yang paling berkuasa di planet ini, mengawal begitu banyak benda dan mendapat pemujaan berbilion-bilion orang tetapi berpaling tadah terhadap Engkau. Jadi dia benar-benar seorang antichrist – begitu jelas: dia memfitnah Nabi Isa, memanggil Nabi Isa sebagai pagan, memanggil Engkau sbg kegagalan dll. Begitu banyak perkara yg dikatakannya bertentangan dengan Ajaran-Mu, Kesucian-Mu. Ya Tuhan! Beraninya seseorang melakukan ini!Okey, aku biar neraka uruskan dia. Aku tak nak buang masa pada orang sebegini lagi. Itu pun jika dia ialah orang – dia pasti bukan. Dia ialah jelmaan syaitan.Saya hanya nak bersyukur kpd Engkau, Tuhanku, secara berulang kali, atas akhirnya, hampir pada saat-saat akhir, benarkan pelakuran itu dihentikan. Tolong biarnya terus dihentikan. Tolong pengaruhi kerajaan China supaya tutupnya selama-lamanya kerana mungkin berlaku kemalangan pada bila-bila saja dengan benda yang begitu berkuasa. Manusia tiada pengetahuan teknologi yang mencukupi untuk mengendalikannya dan kemalangan mungkin berlaku. Ini bukan hanya “mungkin berlaku”, ini bukan hanya sama ada ia akan berlaku atau tidak, tetapi bila – bila ia akan berlaku, bila. Saya menggeletar memikirkan masa itu.Di dunia kita, banyak orang psikik yang berbakat untuk lihat masa depan sudah meramalkan malapetaka nuklear, letupan nuklear, seperti Puan Baba Vanga, Santa suci Bulgaria. Tetapi semua orang berfikir, “Mereka bercakap tentang Perang Dunia III dengan senjata nuklear saling memusnahkan,” termasuk saya sendiri. Saya berfikir, “Okey, itu pasti senjata nuklear dari negara yang berperang atau antara Amerika dan Rusia, atau NATO dan Rusia dll, atau banyak kumpulan pengganas yang lain.”Jadi semua orang alihkan perhatian dari alat yang paling berbahaya untuk kebinasaan dunia, iaitu pelakuran nuklear. Ia lebih teruk daripada senjata nuklear. Ia lebih kuat daripada gabungan banyak bom nuklear. Tetapi perhatian semua orang, agaknya semua orang termasuk saya sendiri tidak banyak memikirkan itu. Kita hanya memikirkan peperangan yang berlaku di merata tempat hari ini. Syukur kepada Engkau juga, seperkara lagi, kerana hentikan banyak peperangan ini dan biar orang sudah mengatur semula apa-apa saja yang tertinggal dalam hidup mereka. Jadi Syukur kpd Engkau atas akhirnya Engkau mengampuni kami sampai tahap tertentu dan biar ahli sains mahir China tutup pelakuran nuklear ini buat masa ini. Tolonglah, tolong ampuni kami supaya mereka akan tutupnya selama-lamanya kerana kita takkan tahu bila ia meletup jika ia dibuka semula.Kemahiran teknik bukanlah tidak boleh gagal, bukanlah kebal. Ia ada masalah sendiri dengan strukturnya pun. Jadi hari ini, contohnya, komputer kita pun mendapat jangkitan virus. Tak masuk akal. Mesin boleh mendapat virus dan tak berfungsi lagi, menimbulkan masalah atau malah menjangkiti sistem mesin yang lain. Dan iPhone kita begitu cantik dan praktikal tetapi kadangkala ia malah meletup di dalam kocek orang. Sebelumnya saya lihat dalam berita, ia meletup di sesuatu tempat. Nasib baik tiada sesiapa yang tercedera. Kadangkala ia terbakar di dalam beg tangan wanita atau dlm tangan seseorang, itu mungkin, atau di dalam kocek pun. Mana tahu? Cuma bukan setiap kejadian, bukan sebarang kejadian yang berkaitan atau serupa dilaporkan dalam akhbar. Begitu pun, jadi kita tahu sekurang-kurangnya ia berlaku.iPhone yang begitu kecil, kelihatan tak berbahaya tetap boleh takutkan kita macam itu, malah boleh cederakan kita, apalagi pelakuran nuklear yang begitu besar. Pada asalnya, kali pertama saya melaporkannya, saya hanya kata ‘pelakuran’. Tapi lepas itu saya dapat lebih banyak maklumat dan itu ‘pelakuran nuklear’. Apabila saya dengar perkataan ‘nuklear’, itu sudah terasa sangat menakutkan. Hanya perkataan itu sudah membuat kita rasa takut, apalagi benda sebenar, mesin gergasi yang terbesar dalam sejarah manusia yang pernah dibina. Atau mungkin kita ada lebih banyak mesin yg menakutkan pada masa dahulu semasa kita ada tamadun yg lebih tinggi dengan jenis gaya hidup antara galaksi tetapi tiada rekod tentangnya. Kerana semuanya hilang, hilang bersama pencipta raksasa sebegini, pembinasa dunia! Bersama semua penyokong yang tidak berdosa juga!!!Buat masa ini, untuk milenium sekarang atau tempoh masa yang panjang, pelakuran nuklear di China paling baik, yang terbesar bagi jenisnya. Kemudian di Eropah juga, saya terbaca bahawa mereka merancang untuk membina satu lagi reaktor pelakuran nuklear seperti itu di Eropah. Ya Tuhan! Tolonglah, tolonglah, saya minta anda hentikannya. Akibatnya tak dapat dibayangkan.Namun begitu, jika Tuhan mahu kita pergi, maka kita perlu pergi. Kerana UFO, kawan berteknologi tinggi juga boleh bantu tutup pelakuran nuklear itu tetapi Tuhan tidak hendakinya. Sebab itu mereka tak dapat lakukannya. Saya pasti mereka tak tahu sebabnya hingga kini. Kawan, itu kerana Tuhan melarang anda lakukannya pada masa itu.Tuhan tidak bertimbang untuk berlembut dan mengampuni manusia yang telah melakukan begitu banyak perbuatan jahat, melakukan begitu banyak dosa yang tak dapat dibayangkan terhadap orang-haiwan yg tak berdosa, tak berdaya dan terhadap saudara manusia sendiri serta begitu banyak memusnahkan alam sekitar, membuat air menjadi busuk, membuat udara menjadi beracun. Segalanya yang dilakukan oleh manusia tidak baik sama sekali, untuk sesiapa pun dan untuk diri sendiri. Angkasa lepas yang tercemar pun boleh mempengaruhi banyak planet dan bintang yang berdekatan juga. Jadi kita ada segalanya yg menimpa kita: cuaca buruk, peperangan yang dahsyat, lohong hitam yang mengembang, menghala terus ke Bumi, menjana segala jenis tenaga negatif ke arah kita dan mengancam untuk menelan kita seperti banyak galaksi atau bintang yang telah ditelan sebelumnya.Tetapi manusia masih tidur. Saya tak tahu berapa lebih kuat lagi saya boleh jerit. Apa lagi yang boleh saya buat untuk menyedarkan mereka? Maksud saya, saya telah menyedarkan sesetengahnya dengan Rahmat Tuhan tetapi banyak orang masih tidur lena. Mereka berjalan, makan, bercakap tetapi seperti zombi. Pengetahuan sebenar yang penting, mereka tiada. Mereka hanya nak tahu lebih banyak tentang kekayaan material dan pengembangan material – apa-apa saja yang berkaitan dengan badan fizikal, keselesaan fizikal, kekayaan fizikal dan kemegahan fizikal. Mereka telah lupa sepenuhnya alam spiritual yang merupakan perkara utama, perkara paling penting dalam hidup mereka untuk membebaskan diri daripada segala perangkap domain fizikal, syaitan ini.Anda masih ingat banyak kisah yang saya ceritakan tentang Buddha, Buddha Gautama semasa Baginda masih di merata tempat di dunia dan belum capai peringkat Buddha lagi. Baginda hanya nak menjadi Buddha saja, kemudian maya atau malaikat ingkar sudah menerkam Baginda dan beri begitu banyak kesusahan, kesedihan dan kesakitan kepada Baginda. Begitu juga dengan Nabi Mahavira, begitu juga dengan Nabi Isa.Mereka (maya/malaikat ingkar) hanya nak menindas sesiapa saja yang berhasrat untuk melaksanakan Kehendak Tuhan dan membantu orang lain sedar, menjadi bermakrifat, membebaskan diri, atas nama ujian. Mereka orang yang jahat. Mereka ialah makhluk yang jahat, syaitan, maya. Mereka hanya nak mencederakan pengamal sebenar yang baik dan Penyelamat dunia yang sebenar, Guru.Sesiapa yang merupakan Guru perlu alami banyak penderitaan disebabkan maya. Mereka membawanya atas nama menguji keikhlasan kita. Ya Tuhan. Siapa perlukannya? Tuhan tahu akan segalanya. Tuhan tahu sama ada kita ikhlas atau tidak. Mereka hanya cuba sedaya upaya dengan usaha Mereka, kekuatan mental Mereka, segala tenaga positif Mereka yang boleh dikumpulkan dalam diri Mereka untuk cuba keluar dari penjara ini, dunia ini dan cuba membebaskan diri untuk pulang ke Rumah dan membawa orang lain yang sanggup mengikut Mereka juga untuk pulang ke Rumah.Mereka tidak melakukan dosa, jenayah tetapi maya tetap sentiasa cuba menindas Mereka, cederakan Mereka, memerangkap Mereka, menipu Mereka, gunakan tangan manusia yang lain atau jenis kuasa lain untuk memudaratkan mana-mana orang mulia yang ingin membantu orang lain pulang ke Rumah. Kerana hakikatnya, maya ingin mengurung semua roh di sini untuk mengawal demi tujuannya sendiri, meracuni fikiran dan roh orang. Roh, mungkin mereka tak dapat meracuni tetapi mereka dapat meracuni fikiran dan fikiran akan memintas roh bagi membuat segala jenis dosa untuk maya.Jika kita tiada Tuhan untuk dipercayai, jika kita tidak memikirkan Tuhan, ingat akan Tuhan, bersyukur kpd Tuhan, memuji Tuhan, maka anda memang sentiasa mudah alami pengaruh maya. Kemudian pada bila-bila anda terlalu letih, memanggil Tuhan – tetapi tak dapat memanggil dgn baik pun, anda tak dapat berdoa dengan baik pun dan tak dengar apa yang Tuhan beritahu anda supaya dibuat untuk membebaskan diri anda. Sebab itulah Tuhan perlu hantar Anak Lelaki, Anak Perempuan-Nya untuk menjadi Guru anda, Guru spiritual anda di Bumi, mengajar anda, membantu anda, ingatkan anda cara pulang ke Rumah, memimpin anda pulang ke Rumah atau malah dukung anda pulang ke Rumah. Tetapi pengaruh maya begitu besar di dunia ini sehingga membuat misi Guru menjadi hampir mustahil dan dijalankan dengan segala penderitaan kesakitan, kesedihan, salah faham, gangguan, pemenjaraan, tekanan dan ancaman dari semua arah daripada segala jenis orang.Tuhan tahu, Guru tahu bahawa jika Mereka turun ke sini, Mereka akan hadapi risiko dan pengorbanan terbesar tetapi Mereka perlu kerana sesetengah manusia letih lesu, tak tahan dan benar-benar, pada masa itu, berteriak dengan kuat meminta tolong. Tuhan perlu menghantar bantuan dan Guru perlu membantu. Tetapi tugas mengajar manusia di domain fizikal ini adalah seperti memindahkan gunung dan mengosongkan laut. Ini bukan cakap saja. Ini memang begitu susah. Tiada sesiapa yang dapat faham dan bayangkannya pun. Sebab itulah Guru tak bersusah-susah bercakap terlalu banyak tentangnya. Mereka hanya menderita dengan senyap dan buat apa yang boleh. Kita terhutang apa-apa saja, segalanya kepada Guru dengan Rahmat Tuhan jika kita malah boleh keluar dari penjara yang dipanggil planet Bumi, dunia fizikal ini, di sini. Jadi kita bersyukur kepada Tuhan, berterima kasih kpd semua Guru yang berkorban – masa dahulu, masa sekarang dan juga masa depan.Jika dunia tidak berubah menjadi tempat yang lebih pemurah, maka Guru yang turun ke sini akan sentiasa banyak menderita di sebalik pintu tertutup atau kadangkala secara terbuka, seperti banyak Guru pada masa dahulu, orang bunuh Mereka dengan cara-cara yang berlainan. Nabi Isa, Plutarch, Socrates, Nabi Muhammad SAW, Guru Bahá’u’lláh, Buddha pun. Jadi ini senarai yg panjang, selama-lamanya, jika anda nak senaraikan Mereka. Kami cuba ingatkan anda tentang Berkat Mereka, Pengorbanan Mereka, Keagungan Mereka, Ajaran Mereka dengan menyiarkan kata-kata Mereka di Supreme Master Television kami. Tetapi saya tak pasti berapa banyak orang akan dengar rancangan yang penuh dengan berkat untuk mereka itu. Macam mana pun, kami buat sebaik yang boleh.Hanya Tuhan yg tahu berapa keras kami bekerja, saya dan pasukan saya. Kerana kadangkala apa-apa, bagaimana saya bekerja, itu sama seperti anggota pasukan saya bekerja. Kadangkala kami lapar atau dahaga tetapi rancangan perlu dihantar dengan cepat, segera untuk disiarkan. Jadi kami tak pedulikan rasa lapar dan dahaga.Tetapi seperkara lagi, anggota pasukan, janganlah abaikan badan anda kerana itu alat terbaik yang anda ada di planet ini untuk membantu orang lain. Jadi jika anda ada kerja yang sangat cemas… Saya beritahu anda tetapi saya sendiri tidak lakukannya. Kadangkala saya tiada tenaga yang mencukupi untuk terlalu banyak risau tentang diri sendiri. Tetapi anda, jagalah diri untuk saya. Anda sediakan sandwic vegan atau sesuatu pada bila-bila anda ada masa dan simpan di dalam peti sejuk. Apabila perlukannya, anda hanya panaskannya dengan cepat dan makan dengan cepat sambil bekerja. Itu apa yang saya buat biasanya. Selalunya saya tiada masa untuk makan seperti orang lain. Meja kerja saya sangat kecil, jadi saya letak makanan di atas lantai juga dan bekerja sambil makan. Tapi tolonglah, jika boleh, anda lebih muda, lebih mampu, jaga diri dengan lebih baik demi saya, demi dunia. Tolonglah, tolonglah, tolonglah. Pesan apa-apa saja yang anda mahu dengan pejabat bayar. Anda tahu akan itu. Tahulah, dengan saya bayar. Pesan apa-apa saja yg anda perlu makan, anda nak makan. Dah tentu, semuanya vegan. Vegan, 100%.Makanan Tanpa Kesakitan, saya belum membuat tinjauan yang mencukupi, dan sekarang saya buat satu pasukan. Saya membentuk satu pasukan supaya mereka boleh bantu saya, hanya senaraikan nama makanan. Oleh sebab sebelumnya saya tiada masa, jadi hanya apa-apa yang saya nampak terlintas dalam visi saya, seperti oren ada kesakitan atau mangga ada kesakitan dll. Saya tahu ada lebih banyak jenis mangga daripada hanya satu saja.Saya tahu ada banyak jenis oren dan bukan semuanya ialah makanan ada kesakitan tetapi saya tak boleh ambil risiko, makan buah yang saya tak tahu. Saya tak tahu nama semua oren dan saya tak cukup masa. Saya juga tak tahu bagaimana meninjau di internet tentang benda ini.Saya tahu sedikit tentang apa yang ditawarkan oleh internet. Saya hanya tahu bagaimana meninjau berita. Nasib baik, muncul saja di telefon, contohnya, YouTube. Itu satu-satunya yang saya tahu bagaimana tinjau. Ia muncul saja di telefon saya. Dan juga, berita muncul di PC saya, di komputer saya. Maka saya gunakannya untuk tinjau. Mungkin Microsoft dan YouTube kerana ia muncul saja, senang bagi saya lihat. Yang lain, saya tak tahu bagaimana. Saya tak tahu bagaimana carinya. Saya juga terlalu sibuk, tak dapat tinjau di mana-mana saja. Tetapi pasukan saya dapat tinjau. Mereka berbakat. Mereka ada pengetahuan tentang capaian internet yang lebih luas.Jadi saya gembira dan bersyukur kepada Tuhan kerana beri saya orang yang berbakat dan pasukan yang menakjubkan, mulia ini. Sebelum itu, saya hanya sendiri tinjau pada bila-bila saya dapat. Tetapi saya berfikir mungkin anak murid Tuhan saya juga ingin mengetahui Makanan Tanpa Kesakitan. Jadi dgn perlahan-lahan saya lebih byk meninjau. Sekarang saya hanya minta pasukan itu meninjau untuk saya. Contohnya, ada berapa jenis oren, dan hantar gambar dan namanya kepada saya supaya saya boleh pilih. Saya akan tinjau yg mana ialah Makanan Tiada Kesakitan, yg mana ialah Makanan Ada Kesakitan. Jadi hari ini, kita ada semakin banyak maklumat, semakin banyak buah dan sayur untuk dimakan. Sebelum itu, saya ada yang sangat terhad.Saya tak terfikir nak minta sesiapa bantu saya meninjau nama semua buah dan sayur. Jadi apa-apa yang terlintas, katakan seperti oren, maka saya tak makan semua oren. Jika terlintasnya benda lain seperti epal, maka saya tak meninjau nama semua epal. Jadi untuk masa yang sangat panjang saya tidak makan epal sama sekali kerana saya tiada masa untuk meninjau dan tidak mengetahui nama semua epal. Dulu ketika saya masih bebas untuk pergi ke pasar raya, saya tidak meninjau namanya. Saya lihat epal mana yang saya suka dan beli saja. Itu saja. Jadi saya tak tahu apa nama semua epal. Oleh sebab saya tak tahu apa-apa nama, saya khuatir saya akan buat kesilapan dan termakan buah yang ada kesakitan. Jadi saya tak makan epal. Dah lama saya tak makan oren. Dah lama saya tak makan epal. Saya juga dah lama tak makan anggur. Contohnya, ada banyak lagi yang saya tak makan kerana tak nak menyakitkan tumbuhan yang saya tak tahu sama ada ia ada kesakitan atau tidak.Oh, dan baru-baru ini oleh sebab pasukan saya bantu saya cari semua namanya, jadi dengan perlahan-lahan kita ada lebih banyak buah sekarang dan sayur lain kerana jenis-jenis famili buah yang berlainan ada kesakitan atau tiada kesakitan. Tumbuhan yang tiada kesakitan adalah daripada ciptaan Tuhan dan tumbuhan yang ada kesakitan adalah daripada kuasa atau pengaruh negatif, atau daripada tenaga negatif individu atau sesuatu jenis getaran terkumpul yang melahirkan tumbuhan yang ada kesakitan. Kemudian selepas saya meninjau semua epal, saya lihat sesetengahnya ada kesakitan. Tapi lawak, semuanya yang ada kesakitan mempunyai rupa yang berbeza – lebih gelap, mengancam dan juga tidak terasa mesra dan kelihatan lebih terhimpit, lebih leper daripada semua epal tanpa kesakitan.Saya tak sentiasa ada masa untuk meninjau semua buah atau sayur tetapi kebetulan saya dapati epal yang ada kesakitan kelihatan muram, beberapa jenis. Hanya satu jenis kelihatan lebih normal sikit tetapi kebanyakan epal yg ada kesakitan yang saya lihat adalah gelap, ada jenis rupa tertekan. Daripada macam segi tiga, epal yang ada kesakitan ini lebih leper ke bawah, lebih gelap dan ada jenis bintik-bintik yang berbeza, sesuatu yang berbeza dengan epal biasa. Hanya satu jenis epal yang ada kesakitan ada rupa yang normal sikit berbanding dengan semua jenis epal ada kesakitan yang lain. Jika saya tak meninjaunya, saya akan ingat itu salah satu epal yang tiada kesakitan tetapi hanya satu jenis ada kesakitan tetapi kelihatan sangat seperti epal lain, seperti epal oren sesuatu ini.Seperkara lagi, dengan anda juga, jika sesuatu anda syaki mungkin bukan vegan, tolong jangan makan. Anda takkan mati. Pergilah ke kedai lain atau restoran lain dan makan, atau tunggu hingga keesokan harinya, makan sesuatu yang lain. Makan sesuatu yang anda tahu pasti adalah vegan. Salah seorang saudara menulis kata-kata hati kepada saya. Dia termakan hidangan bukan vegan dan apabila pulang ke rumah, banyak menderita dari segi rohani, alami visi buruk, tidak bersih dan sebagainya.