Hai, aku Anak Ayam Cutey. Aku vegan kerana itu hebat. Hari ini, aku berbesar hati untuk menyampaikan petua daripada Mahaguru Ching Hai (vegan). “Jika anda memasak di luar rumah, ingat supaya padamkan api dan/atau menutupi kawasan masak atau barbeku. Juga pastikan anda mengelap singki sampai kering supaya serangga tidak ‘mati lemas’ atau terlekat dengan badan atau sayap mereka pada permukaan yg basah. Hanya sedikit kerja tambahan bagi kita tetapi bagi mereka, itu nyawa mereka. Sayangi anda atas semua ini – berseronoklah.” Terima kasih, Mahaguru Ching Hai, kerana berkongsi petua penuh keprihatinan ini untuk melindungi alam sekitar dan rakan serangga kecil kita. Terima kasih kerana menonton, dan banyak kasih sayang atas Menjadi Vegan dan Pelihara Alam untuk Selamatkan Planet Kita untuk umat manusia dan kami semua penghuni bersama.
Itu saya tak tahan juga. Jika saya manusia yang begitu rendah dalam bentuk manusia tetapi tetap dapat begitu banyak kasihi, bagaimana perasaan Tuhan?Anda semua mesti rasa kasihan terhadap Tuhan, mesti bersimpati dengan Tuhan. Tuhan adalah Maha Berkuasa tetapi Maha Pengasih. Anda kasihi anakmu dan jika mereka mati, berapa banyak penderitaan yg akan anda rasai? Bayangkan betapa banyak Tuhan akan menderita jika Dia lihat semua anak mati dengan dahsyatnya di depan-Nya. Segala perkara tragik ini dilakukan oleh manusia. Sebahagiannya salah maya juga. Mereka menggoda manusia untuk membuat perkara buruk dan semakin banyak tenaga buruk terus berlonggok di sekeliling kita dan menjadikan planet kita rosak, tak berdaya dan lemah, dan menjadi semakin teruk, tiada cara mengatasinya.Beribu-ribu hayat dahulu, terdapat cerita tentang Dewi Nüwa. Kita panggil Dia Jiu Tian Xuan Nü, bermaksud Dewi Penuh Misteri Syurga Kesembilan. Dia gunakan lima jenis batu berwarna-warni, meleburkannya dan menampal lubang angkasa, maksud saya, medan magnet kita dan lapisan pelindung yang lain atau lapisan ozon yang melindungi kita. Tetapi itu hanya lubang kecil, sebahagian kecil daripada dunia. Sekarang di mana-mana pun ada lubang, lebih tebal atau lebih nipis, nampak atau tak nampak.Meskipun saya boleh cuba siang dan malam, saya tak dapat tampal semuanya. Saya suka melakukannya. Saya dah cuba di beberapa tempat. Jika tidak, keadaan akan jadi lagi teruk. Tetapi buat masa ini tetap mustahil untuk menampal semuanya tanpa bantuan manusia.Tenaga positif manusia, Tenaga Tuhan ada di dalam diri mereka. Apa yang perlu mereka buat hanyalah gunakannya dgn berfikir secara positif, mengarah secara positif, “Aku tidak mahu lagi pengaruh maya ini, aturan buruk syaitan. Aku hanya mahukan Kuasa Tuhan. Aku mahukan Tiga Kuasa Tuhan Yang Kuat untuk bantu aku pulihkan planet ini dengan membuat segala perkara positif dan penuh kemurahan, bermula dengan meja kita.” Makanan vegan di atas meja setiap hari, setiap kali anda lapar, dan tanpa meja anda pun: ketika anda di dalam bas, ketika anda di taman, ketika anda di tempat kerja pada waktu makan tengah hari – semuanya vegan! Maka segalanya akan menjadi sangat damai, baik dan bermanfaat kepada anda semua semula, tak terbayangkan.Tuhan tidak minta manusia cintai Dia pun. Hanya bersifat baik. Hanya sayangi makhluk lain dan tidak cederakan mereka. Kemudian segalanya akan diselesaikan. Semua tenaga akan berubah. Hanya tenaga positif dapat mengalahkan tenaga negatif. Kerana kita mengemaskan katil kita. Kita perlu berbaring di atasnya. Tetapi jika kita menukar katil, hanya lebih mengantuk sikit tetapi kita tetap perlu bangun, menukar katil dan katil itu adalah yang baharu. Apa-apa pun yang berlaku kepada katil lain, tak mengapa. Kita boleh sama ada buang atau cucinya jika boleh guna semulanya.Saya cuma harap saya hidup lebih lama sikit untuk bantu anda, membimbing anda. Tuhan di sebaliknya, membimbing kita semua termasuk saya sendiri. Saya salah satu drpd Tiga Yg Berkuasa. Anda berdoalah kepada Mereka dan ia akan berlaku. Anda berdoa tetapi anda juga mesti gunakan daya anda untuk bertindak, membuat diri anda rapi, sesuai, betul, yang terbaik di dunia ini. Anda perlu jadi pemimpin orang lain, bukan tunggu mereka memimpin anda. Jika setiap daripada anda ialah pemimpin, maka kita tak perlukan pemimpin lagi. Kita selamatkan planet ini dlm sekelip mata. Tolonglah, dengan segala keikhlasan, saya nak beritahu anda semua ini. Tolong dengar kata-kata saya.Apa yang saya dapat daripadanya sekrg? Saya seorang multijutawan, memang, multijutawan. Saya ada perniagaan. Saya dapat menjaga diri dengan baik sampai generasi cicit anda dan kami masih tak dapat habis gunakan semua wang itu, tapi saya masukkannya ke dalam perniagaan dan sebagainya. Begitu pun, saya tetap boleh ambil balik semuanya dan gunakan pd diri sendiri – pesawat besar, benda besar, kapal pesiar besar, rumah besar, pembantu rumah, segala-galanya. Mengapa saya perlu melakukan ini?! Mengapa saya perlu hanya tinggal di dalam khemah? Saya hampir tiada masa untuk memasak pun, makan makanan sejuk. Hampir tiada masa untuk panaskannya pun apabila saya sudah memasak. Buat apa saya perlu melakukan ini?Tolonglah, dengar kata-kata saya! Tolong dengar kata-kata saya, tolonglah, utk satu kali. Menjadi vegan! Berdoa kepada Tuhan. Jika anda tak rasa ada Tiga Yang Berkuasa, berdoalah kepada Tuhan. Pada masa ini, berdoa kepada mana-mana santo kecil, guru spiritual kecil dan Buddha tunggal tak begitu banyak membantu lagi. Maka berdoalah kpd Tuhan Yang Maha Berkuasa, berdoa kepada semua Guru bersama. Ubahlah diri anda menjadi orang suci di planet ini untuk bantu makhluk lain.Photo Caption: Jadilah Seperti Bintang yang Bersinar!Tiga yang Paling Berkuasa: Tuhan, Tim Qo Tu dan Anak Tuhan telah Menjadi Satu, Bahagian 2 daripada 5
2025-04-19
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadi hanya utk beri penerangan ringkas kepada anda, apa yang saya buat. Pertama sekali, saya perlu mengesan dan melihat ke bawah di mana, apa yang berlaku kepada proses perdamaian di Ukraine (Ureign). Kadangkala disebabkan oleh tenaga buruk manusia, saya asyik terhalang. Tenaga ini menggelapkannya. Ia tidak biar saya lihat menembusinya. Itu masalahnya juga, buang banyak masa, tenaga saya. Saya masih perlu buat kerja di dunia, menguruskan perniagaan, restoran dan orang, pasukan saya. Sesetengah anggota pasukan kadangkala ada segala masalah emosi dan manusia. Dah tentu, kita semua begitu, sebagai manusia.Jadi saya bukanlah duduk-duduk saja. Saya harap anda faham dan tidak menyalahkan saya sama sekali. Saya cuba sedaya upaya. Saya malah ingin mati untuk anda semua tetapi Tuhan tidak izinkan itu. Dia berfirman, “Itu takkan berlaku. Itu tidak berhasil. Selepas Engkau mati pun, mungkin kita dapat selamatkan generasi ini atau separuh generasi tetapi ia kembali semula, perkara yang sama, dan siapa lagi yang akan mati untuk mereka?” Macam itulah.Jadi saya tanya Tuhan sebelumnya, sebelum Mereka menjadi Tiga. Saya kata, “Mengapa Engkau tidak kasihi anak-Mu, manusia? Mereka ialah ciptaan-Mu. Mereka ialah anak-Mu, kan?” Dia berfirman, “Ya, Aku begitu kasihi mereka, tiada kata-kata yang dapat gambarkan tetapi Aku juga kasihi anak lain, orang-haiwan. Mereka bunuh semua anak-Ku setiap hari dan bunuh segalanya yang lain – sungai, laut, tanah, udara, hutan, tasik. Mereka bunuh mereka semua. Meskipun Aku ampuni mereka dan biar mereka terus hidup, mereka akan bunuh segala-galanya akhirnya. Semua orang-haiwan pun akan mati, yang liar dan yang dibela jinak. Mereka semua akan mati akibat segala jenis punca kerana tenaga buruk akan musnahkan mereka juga, cepat atau lambat. Kemudian mereka takkan ada apa-apa pun untuk dimakan. Mereka akan saling menyasarkan dan saling membunuh untuk makan. Percayalah itu!”Jadi Tuhan juga ada masalah pergelutan hati. Apa jenis anak yang harus diselamatkan-Nya? Dia nak selamatkan mereka berdua. Tetapi manusia dalam bentuk fizikal menyalahgunakan Kurniaan Tuhan, iaitu keupayaan, daya fizikal dan segala-galanya untuk bunuh diri sendiri dengan bunuh segalanya di sekeliling mereka. Tak lama lagi semuanya akan hilang. Jadi Tuhan telah berlembut untuk masa yang sangat, sangat, sangat panjang, selama-lamanya, Dia beritahu saya.Tetapi sekarang Tuhan tak perlu bunuh mereka pun. Mereka bunuh diri sendiri dengan tenaga sendiri yang menyesakkan nafas dan penuh darah. Saya bukan menyumpah. Meskipun saya menyumpah, saya tak peduli. Saya tak rasa malu atau apa-apa. Planet ini memang planet penuh darah yang manusia buat jadi macam itu.Segalanya yang berlaku, yang menyusahkan, bawa bencana, semuanya dibuat oleh manusia walaupun kelihatan macam Alam Semula Jadi. Jangan menyalahkan Alam Semula Jadi. Jangan menyalahkan peperangan. Jangan menyalahkan Putin. Mereka semua buat apa yang perlu mereka buat, atau ada peluang yang buat mereka menjadi macam itu, tenaga yang buat mereka. Kerana jika mereka berada di alam tiada keamanan di mana kita tidak sentuh mereka, kita tidak buat apa-apa yang buruk, kita bersih dan murni, suci dengan berdoa, bermeditasi, amalkan diet vegan saja, tidak bunuh sesiapa pun, tidak cederakan mana-mana makhluk hidup, maka tiada sesiapa yg dapat sentuh kita. Tidak, syaitan yang paling kuat pun tak dapat buat apa-apa terhadap kita. Macam itulah. Kita ada perlindungan kita sendiri. Kita ada kuasa, kebijaksanaan kita sendiri dan segala-galanya. Tuhan berikan begitu banyak kpd kita, segala-galanya. Kita boleh bebas memberi kepada seluruh dunia untuk dimakan, dipakai dan tidur dengan tenang. Kita tak perlu banyak bekerja pun.Tetapi tidak, tiada sesiapa yang dengar kata-kata semua Guru yang naik dan turun ke planet ini, mengorbankan segala-galanya dan mati dengan kesian, kejam bagi mereka. Tetapi mereka masih tak peduli. Mereka tak dengar. Mereka tak dengar Firman Tuhan sama sekali. Firman Tuhan tidak penting bagi mereka. Mereka hanya dengar kata-kata orang berkuasa atau sesuatu yang kelihatan seperti ahli politik, bank, wang, apa-apa saja untuk keselesaan fizikal. Kita boleh miliki semua itu. Tuhan izinkan semua itu tetapi kita tak boleh membunuh diri dengan bunuh makhluk lain. Memang macam itu. Kita semua berhubungan. Jika kita bunuh makhluk lain, kita bunuh diri sendiri. Sama seperti anda tak suka rupa jari kaki anda, anda potong jari kaki itu, maka ia pengaruhi badan anda. Anda tak dapat berjalan sebaik sebelumnya. Jika anda tak tahu bagaimana menjaga, ia terus berdarah dan anda akan mati juga walaupun hanya dengan berdarah dari jari kaki.Maklumlah, saya tak tahu sama ada sesiapa dengar. Saya hanya beritahu ini kalau-kalau sesetengah orang dengar dan selamatkan sesetengah orang yang ikhlas, jujur, hanya lemah dan tidak faham, tetapi jika mereka faham sekarang dan berubah saya masih boleh selamatkan mereka. Tuhan begitu kasihi mereka semua. Tuhan kasihi kita lebih daripada yang dapat sesiapa gambarkan atau jelaskan, atau orang paling pandai bercakap pun tak dapat nyatakan itu kepada manusia supaya faham betapa Tuhan mengasihi anak-Nya dan Tuhan kasihi anak-haiwan secara sama. Saya orang yang rendah saja pun begitu kasihi orang-haiwan. Kadangkala saya bergurau dengan anak murid Tuhan saya bahawa saya harap saya dapat kasihi manusia sebanyak itu.Ya Tuhan. Saya kasihi serangga pun. Itu macam dunia bagi saya. Anda masih ingat, saya berikan petua yang beritahu anda bahawa jika anda ada perkakas masak di luar seperti singki, dan apabila anda cuci sayuran, buah-buahan di luar ketika berkelah, maka pastikan anda mengeringkan singki supaya serangga tidak secara tak sengaja terbang dan lekatkan sayap mereka pada singki dan mati dengan dahsyatnya. Juga sebelum anda membuang pita perekat, pastikan anda balutnya dengan helaian kertas supaya serangga tidak terlekat padanya dan mati dgn perlahan-lahan, tak berdaya!