Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

KURNIAAN BESAR TRINITI PALING BERKUASA + Kuasa Pemurah Doa, Taubat dan Menjadi Vegan dalam Melindungi Dunia Kita, Bahagian 4 daripada 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Banyak daripada anda tahu sekarang bahawa nenek moyang anda juga telah diselamatkan. Teman anjing, kucing anda pun, kawan, ibu bapa anda, sesiapa saja yang ada hubungan dengan anda melalui keturunan dapat diselamatkan. Sesiapa saja yang anda sayangi dapat diselamatkan. Sesiapa saja yg bertuah tinggal bersama anda di rumah anda, meskipun tidak amalkan Kaedah Meditasi Quan Yin, saya juga akan selamatkan mereka pada waktu pemergian, atau kadangkala lebih lambat kerana mereka perlu pergi ke neraka dulu untuk menebus dosa yang mereka tidak cuba taubat semasa hidup fizikal. Setelah anda tinggalkan hidup fizikal, hampir mustahil untuk menebus dosa anda kecuali anda ada saudara-mara atau kawan sejati yang berdoa untuk anda, berkongsi dengan anda kuasa spiritual mereka melalui Guru, atau Guru akan bawa mereka turun ke neraka untuk selamatkan anda.

Baru-baru ini, salah seorang kakak saya meninggal akibat komplikasi COVID-19 Kami bertuah dapat memainkan lagu Guru di dewan kabung supaya rohnya boleh mendapat pembebasan secepat mungkin. Selepas pengebumian, saya asyik tertanya-tanya ke mana dia sudah pergi. Selepas dua hari, satu perkataan muncul di depan saya dalam mimpi. Guru biar saya tahu bahawa sekarang kakak saya di tempat suci. [...]

Saya mengangkat satu orang-anjing liar, ‘Lucky’ pada 2013. Lucky sangat nakal tetapi dapat bergaul dengan keluarga saya dengan baik sekali. Selepas dia meninggal dunia, saya begitu rinduinya. Saya pergi kepada komunikator orang-haiwan untuk lihat bagaimana keadaan Lucky di dunia lain. Lucky jawab bahawa dia telah dibawa pergi oleh Guru dan sekarang sangat baik. Guru bawa dia ke (alam syurga) Tusita dan dia telah bertukar menjadi orang-swan hitam untuk belajar bagaimana menjadi anggun kerana dia sangat nakal sebelumnya. Saya agak gembira mendengar itu dan beritahu dia supaya mengikut Guru beramal di atas sana. Tetapi Lucky berkata bahawa dia tetap akan turun ke dunia ini untuk membantu kerja Guru supaya dia dapat menaik ke alam yang lebih tinggi. [...]

Teman orang-anjing saya, Prince, meninggal pada usia 17 tahun. Apabila doktor haiwan berkata bahawa dia akan meninggal dunia pada malam 5 Oktober 2021, Prince beritahu komunikator orang-haiwan bahawa dia tahu ke mana dia akan pergi, tenang dan tidak takut. Akhirnya Prince meninggal dunia pada 28 Oktober. Pada hari ke-7 selepas pemergiannya, ibu saya bermimpikan Prince berlari balik dengan gembira ke dalam rumah dan duduk di ruang tamu kami. Pada hari ke-12, akhirnya saya nampak Prince dalam mimpi saya. Dia kelihatan sejahtera dan ceria. Dia telah bertukar menjadi budak kecil yang comel, kacak dan cuba memakaikan cermin mata mainan plastik hijau pada saya. Selepas itu, saya dibawa ke taman yang cantik dan tenang di mana saya nampak banyak kelapa jatuh dari pokok tetapi diangkut ke bawah oleh daun pisang, jadi tiada sesiapa pun yang tercedera. Seterusnya, saya nampak pagar ayun yang ada banyak orang-burung besar yang hinggap di atasnya. Apabila saya melihat ke bawah, saya dapati orang-burung itu ada bulu berwarna-warni yang cantik. Apabila sesetengahnya terbang, mereka bertukar menjadi gadis cantik yang menari dengan kostum berwarna-warni, sama seperti sari. Walaupun saya tahu bahawa Guru akan menjaga kita termasuk mereka yang kita sayangi, malah di akhirat, mimpi itu menenangkan saya kerana saya tahu bahawa sekarang Prince berada di tempat yang indah. [...]

Guru berkata bahawa amalan spiritual satu orang yang diinisiasi dapat menaikkan roh lima generasinya. Ini memang benar. Suatu kali dalam visi dalaman meditasi, saya nampak mendiang bapa saya, memakai pakaian kapas yang sangat kotor, diikat di dalam van penjara dan dikelilingi oleh empat anggota polis. Bapa saya berkata, “Ayah orang yang berdosa. Ayah telah cederakan banyak orang-haiwan.” Ini ingatkan saya bahawa bapa saya seorang pemburu dan telah bunuh banyak orang-haiwan sepanjang hidupnya. Sebab itulah akhirnya beliau alami balasan macam itu. Saya berkata kepada bapa saya, “Saya akan datang jumpa dengan ayah sebentar lagi.” Setelah berpusing dan berjalan pergi dari situ beberapa langkah saja, saya berasa tidak senang dan berpusing untuk lihat. Pada masa itu, polis di sekeliling bapa saya, van penjara dan tali, semuanya hilang. Pakaian kotornya bertukar menjadi yang baharu. Bapa tersenyum memandang saya lalu berjalan pergi dari situ. Kuasa Gurulah yang bebaskan bapa saya. [...]

Dan lain-lain...

Bukan semua orang dapat diselamatkan dengan senangnya kecuali pengikut, anak murid Guru. Tetapi anak murid Guru pun kadangkala perlu ditangguhkan dalam penyelamatan kerana mereka tidak bertaubat. Mereka malah mencuri ajaran teori daripada Guru, keluar dan memberi kononnya inisiasi juga. Jadi orang tiada pengalaman dalaman. Mereka tiada perlindungan daripada Kuasa Guru, apa-apa pun. Anak murid itu akan pergi ke neraka yg dalam, hampir macam selama-lamanya atau malah selama-lamanya. Ini sukar, bagi jenis anak murid ini, bertaubat pun dan diselamatkan. Sesetengah daripada anda telah nampak mereka diseksa di neraka oleh ulat dan segala jenis hukuman. Anda telah nampak Guru turun ke bawah utk bantu mereka tetapi oleh sebab mereka berada dalam badan fizikal, selepas dibersihkan, mereka buat perkara yang sama sekali lagi kerana mereka tidak nampaknya. Mereka tiada sebarang kuasa untuk lihat Syurga atau neraka. Jadi mereka ingat apa-apa yg dilakukan pun langsung takkan bawa sebarang akibat buruk kepada mereka. Sangat sukar.

Ketika datuk saya masih hidup, beliau diinisiasi oleh Guru kita tetapi kemudiannya ikut seseorang yang mendakwa bahawa dia mewakili Guru. Orang ini berikan banyak arahan palsu, berbeza dengan apa yang Guru ajarkan kepada kita semasa inisiasi. Selepas menyaksikan ‘Inisiasi Memerlukan Kuasa Guru’, saya tahu bahawa ini ialah situasi yang Guru katakan dan orang ini adalah palsu. Datuk saya meninggal dunia lima tahun yang lalu. Baru-baru ini, saya alami pengalaman yang menunjukkan kepada saya apa yang berlaku kepada beliau. Ketika bermeditasi, saya dibawa ke sebuah pintu dan diberitahu supaya minta berjumpa dengan syaitan tertentu. Saya mengetuk pintu, minta berjumpa dengan syaitan itu dan nampak imej makhluk yang bertanduk. Apabila imej itu menjadi pudar, seseorang muncul. Auranya gelap dan muram. Dia tanya saya apa yang saya mahukan. Saya kata saya dihantar ke sini oleh Mahaguru Ching Hai, Guru saya. Saya diminta supaya mengisi borang, kemudian keluar daripada meditasi. Selepas itu, saya berfikir orang ini menyerupai datuk saya dan teringat Guru jelaskan bahawa sesetengah saudara seamalan pergi ke neraka untuk menyelamatkan orang tersayang. Saya rasa ini apa yang berlaku. Jadi sama seperti yg Guru kita jelaskan, mereka yang diinisiasi oleh guru spiritual palsu tidak pergi ke Syurga kerana hanya Guru bermakrifat ada Kuasa yang diakui oleh Syurga. Juga, berkenaan dengan jenis orang yang mencuri anak murid Guru dan menyesatkan pencari kebenaran, saya rasa orang yang memberi arahan inisiasi palsu telah dirasuk syaitan atau merupakan syaitan. Sebab itulah saya nampak imej itu. Saya rasa itu mengesahkan apa yang telah Guru jelaskan juga semasa baca Kitab Surangama! Jadi seperti yang Guru ajarkan, adalah sangat penting hanya mengikut ajaran langsung Guru dan bukan orang lain. [...]

Saya telah mengikut Guru dua kali di Alam Roh untuk menyelamatkan guru spiritual palsu yang jatuh ke dalam Neraka Serangga Berbisa. Prosesnya mendebarkan dan penuh dengan bahaya. [...] Guru memang amat berbelas kasihan, malah ingin menyelamatkan syaitan jahat sebegini. Mereka yang memakai jubah biksu dan berpura-pura menjadi guru bermakrifat tidak menyedari bahawa Guru sudah menyelamatkan mereka dari neraka dua kali. Jika mereka tidak bertaubat, berkemungkinan mereka jatuh ke dalam Neraka Tanpa Henti selama-lamanya.

Dan lain-lain...

Seperti Devadatta belajar daripada Buddha Shakyamuni, kemudian mengkhianati Baginda. Walaupun dia ialah sepupu-Nya yang ada pertalian darah dengan Buddha, dia tetap mengkhianati Baginda dan pergi buat perkara yang dahsyat. Hanya kerana dia cemburui Buddha, ingin menjadi terkenal, dikasihi dan dihormati seperti Buddha tetapi dia tiada apa-apa pun untuk ditawarkan kepada sesiapa pun. Jadi mungkin orang datang kepada dia – beberapa ratus orang – mungkin datang kepada dia kerana percaya kepada dia, cara dia bercakap. Mereka ingat dia dapat beri pembebasan kepada mereka hingga masa mereka kecewa, kemudian mungkin meninggalkan dia dan pergi dari situ.

Bercakap adalah berbeza. Memiliki kuasa untuk menyokong kata-kata kita adalah berbeza. Saya telah beritahu anda banyak kali, sama seperti mungkin anda ada buku cek yang kelihatan seperti buku cek ibu bapa anda atau buku cek orang lain tetapi anda tiada wang untuk menyokongnya. Anda tiada wang dalam akaun itu, maka tidak kira berapa banyak orang anda berikan cek, tiada apa-apa yang keluar daripadanya. Anda hanya menipu orang. Jadi pada permulaannya mungkin mereka percaya kepada anda tetapi sehingga mereka ada masa, pergi ke bank untuk menunaikannya, tiada apa-apa pun. Mereka tiada satu sen pun kerana cek anda tidak sah. Ia tiada sokongan kewangan. Sama juga, jika anda tak dapat cari Guru hidup daripada keturunan kemegahan spiritual hidup yang sebenar, maka anda tiada apa-apa pun.

Sekarang satu lagi perkara juga. Satu lagi perkara penting adalah anda jangan memfitnah orang psikik. Tanpa mereka, kita takkan ada masa yang mencukupi untuk bersedia, bertaubat, mengelakkan akibat karma yang lebih tragik, jadi kita perlu berterima kasih kepada mereka dan tidak memfitnah mereka, tidak pandang rendah terhadap mereka, berfikir mereka salah meramal. Tidak, tidak, mereka meramal dengan betul, 100%, cuma Triniti membantu sama ada memadamkan bencana dalam rekod atau berikan Kuasa Mereka untuk bantu membersih. Kuasa taubat, kuasa cintai Tuhan dan kuasa vegan anda juga akan bantu menyelamatkan anda, menyelamatkan diri fizikal anda. Jika anda terus menjadi begitu mulia, rendah diri, berdoa, berdoa dengan rendah diri dan makan makanan vegan untuk selamatkan nyawa orang-haiwan hidup, maka anda akan menjadi Santo. Anda akan melangkaui dunia ini. Ia akan bermanfaat lebih daripada di dunia ini, melangkaui dunia ini, dan di akhirat kerana Tuhan akan menjaga anda. Jika anda cintai Tuhan, bertaubat dengan ikhlas, rendah diri, tidak berbuat dosa lagi, menjadi vegan dan tidak kembali kepada daging orang-haiwan yang disembelih lagi, maka anda akan menjadi bebas, bebas sepenuhnya. Anda akan pulang ke Rumah, ke rumah agam yang dibina oleh Tuhan untuk anda. Sebelum anda pulang pun, anda sudah ada tempat. Jika anda meninggalkan badan fizikal dan sudah pergi ke neraka, lebih sukar untuk diselamatkan.

Photo Caption: Rumah Sebenar Sentiasa Alu-alukan Anak yang Tersesat

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-04
417 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-09-03
1 Tontonan
Gaya Hidup Sihat
2025-09-03
1 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-03
726 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android